Zaidam al-Jarmi meriwayatkan, suatu hari, kami berkumpul bersama Abu Musa al-Asy'ari r.a. Lalu
dihidabgkan kepada kami daging ayam. Melihat hidangan itu, seseorang pergi menjauh. Abu Musa al-
Asy'ari bertanya kepadanya "Mengapa engkau menjauh?" Orang itu menjawab" Saya melihat ayam
memakan makanan yang kotor. Maka saya bersumpah untuk tidak memakannya." Abu Musa al-
Asy'ari berkata" Mari sini, sungguh aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. memakan daging ayam.
(Riwayat Tarmizi, Bukhari, Muslim, Nasa'ie, Darami dan Ahmad)
2-mencium aroma wanginya....
Rasulullah s.a ..w mengharumi diri.'
(Tarmizi, Abu Daud, Ibn Sa'd)
Tsumamah ibn Abdillah meriiwayatkan Anas ibn Malik tidak pernah menolak pemberian minyak wangi.
Dia berkata" sungguh Rasulullah s.a.w tidak pernah menolak pemberian minyak wangi."
(Tarmizi, al-Bukhari, Nasa'i, Ahmad)
Ibn Umar r.a meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud"Ada 3 pemberian yang tidak boleh
ditolak, iaitu bantal, minyak wangi, susu.
(Tarmizi, Abu syaikh, Baghawi)
Abu hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah bersabda maksudnya" wangian bagi lelaki adalah yang keras-
keras araomanya dan warnanya tidak nampak. sedangkan bagi perempuan adalah wangian yang
warnanya tidak nampak dan aromanya tidak menyengat."
(Tarmizi, Abu Daud, Nasa'i, Ahmad)
No comments:
Post a Comment