some_one

My photo
sebagai manusia, kita sayang padamu

Tuesday 29 May 2012

AZ-ZIKR(kejayaan yg kekal)

Kejayaan yang sebenar adalah kejayaan yang kekal. Kejayaan didunia semata-mata bukanlah satu kejayaan yang kekal. Bahkan ia adalah kejayaan yang singkat, sementara dan mudah dilupakan.Kejayaan yang sebenar adalah kejayaan di akhirat. Ia adalah kejayaan buat selamanya, tidak ada kesudahan dan tidak mungkin dilupakan.

Seseorang yang sentiasa mendapat kejayaan, kesenangan dan pujian di dunia, kemusiannya dimasukkan ke dalam neraka bagi satu saatditanya, adakahdi dunia kamu pernah gembira? Maka dia menjawab,"Tidak!Aku di dunia sentiasa dengan kesusahan!"

Dan seseorang yang sentiasa hidup dengan kesusahan, selalu mendapat ujian, selalu dizalimi, kemudiannya dimasukkan ke syurga bagi satu saat ditanya, adakah kamu pernah terseksa sewaktu hidup di dunia? Maka dia menjawab,"Tidak! Aku di dunia sentiasa mendapat kesenangan!"

Sama seperti apabila kita gagal dalam peperiksaan. Pelajar yang bersenang lenang tanpa memikirkanpelajaran dan tidak mempedulikan keputusan pelajaran, apabila gagal, dia berasa sedih sehingga kesedihan itu melupakan semua kesenangan, kegembiraan dan keseronokan yang dia pernah lalui sebelum peperiksaan, Baginya, kesenangannyang dilaluinya sebelum itu merupakan satu kesusahan.

Manakal pelajar yang bersusah payah, bersungguh-sunguh, sentiasa penat dan letih kerana tekun belajar, apabila mendapat keputusan yang baik, maka dia berasa sangat gembira sehingga melupakan segala kesusahan, kepenatan, kepayahan yang dia pernah lalui sebelum peperiksaan. Baginya, kesusahan yang lepas adalah satu kesenangan.

Dalam melakukan ibadat memang perlu bersusah payah sedikit.Tetapi itu adalah sedikit susah payah yang bakal melenyapkan banyak susah payah di akhirat.

No comments:

Post a Comment